Sediakan data sekolah
Daftar sekolah dan lengkapkan guru, kelas, subjek serta slot waktu. Gunakan templat Excel untuk mengisi data asas secara pukal dan semak pratonton sebelum import.
MyJadualPro membantu sekolah di Malaysia menjana jadual waktu automatik, mengimport data Excel dan mengurus guru ganti. Admin dan guru boleh mengakses jadual melalui web serta aplikasi guru.
| Masa | Isnin | Selasa | Rabu |
|---|---|---|---|
| 07:30 | Bahasa MelayuAhmad Faiz | Bahasa MelayuAhmad Faiz | Bahasa InggerisNur Aisyah |
| 08:00 | Bahasa MelayuAhmad Faiz | Bahasa MelayuAhmad Faiz | Bahasa InggerisNur Aisyah |
| 08:30 | Bahasa InggerisNur Aisyah | SainsTan Mei Ling | MatematikRamesh |
| 09:00 | Bahasa InggerisNur Aisyah | SainsTan Mei Ling | MatematikRamesh |
| 09:30 | REHAT | ||
Mulakan dengan data asas sekolah atau import jadual waktu yang sudah tersedia. MyJadualPro menghubungkan jadual kelas dengan urusan harian admin dan guru.
Sediakan data, jana atau import jadual, kemudian urus guru ganti melalui aliran kerja yang sama.
Semak kesediaan kelas, waktu subjek dan guru sebelum menjana jadual. Lihat laporan hasil serta tuntutan yang masih belum dipenuhi.
Muat turun templat data asas atau jadual sedia ada. Semak pratonton dan ralat sebelum menyimpan data sekolah.
Semak jadual kelas, jadual mengajar dan jadual induk. Cetak jadual berwarna untuk rujukan sekolah.
Rekod ketidakhadiran, semak calon relief dan sahkan guru ganti. Pantau tugasan serta sejarah lantikan dalam sistem.
Guru boleh menyemak notifikasi tugasan relief. Notifikasi push memerlukan peranti yang menyokongnya dan kebenaran daripada guru.
Admin mengurus sekolah melalui web. Guru menyemak jadual dan tugasan melalui pelayar, PWA atau aplikasi Android dengan internet.
Daripada data asas sekolah kepada jadual waktu dan tugasan guru ganti.
Daftar sekolah dan lengkapkan guru, kelas, subjek serta slot waktu. Gunakan templat Excel untuk mengisi data asas secara pukal dan semak pratonton sebelum import.
Jalankan pre-test dan baiki isu kapasiti atau agihan subjek sebelum menjana jadual automatik. Jika jadual sudah ada, gunakan templat import jadual sedia ada.
Semak dan cetak jadual kelas atau guru. Apabila guru tidak hadir, pilih slot terlibat, sahkan guru ganti dan pantau tugasan melalui akaun masing-masing.
Ketahui cara penjanaan, import Excel, aplikasi guru dan percubaan sekolah berfungsi.
Ya. Admin melengkapkan data guru, kelas, subjek, agihan waktu dan slot persekolahan, kemudian menjalankan pre-test sebelum menjana jadual. Kejayaan jadual penuh bergantung pada kapasiti waktu dan kekangan data sekolah; laporan penjanaan membantu mengenal pasti perkara yang perlu dibaiki.
Boleh. Menu Import Excel menyediakan templat kosong dan contoh jadual sedia ada. Pindahkan data ke format templat, muat naik dan semak pratonton sebelum mengesahkan import.
Admin memilih guru tidak hadir, tarikh dan slot yang terlibat, kemudian menyemak cadangan atau memilih guru secara manual sebelum mengesahkan lantikan. Guru yang dilantik boleh menyemak tugasan relief dalam akaunnya.
Ya. MyJadualPro ialah sistem dalam talian. Sambungan internet diperlukan untuk log masuk, memuatkan jadual terkini, menyimpan perubahan dan menyemak tugasan guru ganti.
Pendaftaran sekolah memberikan percubaan selama tiga bulan. Jika demo diaktifkan, gunakan butang Cuba Demo Sekolah untuk mencuba data rekaan. Data demo dikongsi dengan pengunjung lain dan boleh dipulihkan menggunakan Reset Data Demo.
Admin boleh menyemak pakej, invois dan pilihan pembaharuan melalui menu Langganan dalam akaun sekolah. Semak caj serta tempoh pakej sebelum membuat pembayaran.
Daftar akaun admin untuk mencuba penjanaan jadual, import Excel dan pengurusan guru ganti. Maklumat pakej serta caj pembaharuan boleh disemak melalui menu Langganan dalam akaun sekolah.
Semak jadual mengajar, mohon relief dan lihat tugasan guru ganti melalui aplikasi MyJadual PRO.
Muat Turun APK AndroidBuka PWA sekolah anda untuk jadual masa nyata, relief ganti dan operasi sekolah lebih terkawal.
Buka PWA
Mesej dijawab oleh pasukan MyJadualPro. Sila elakkan berkongsi kata laluan atau data murid.